Biskut Badam Manis (Almond Sweet)

Kategori: Nusantara, Biskut
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Bagaimana nak bakar Biskut Badam Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A 

  • 250 g mentega
  • 160 g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150 g badam kisar
  • 300 g tepung gandum (diayak) 60 g tepung jagung (diayak) 
Bahan B (Bahan Hiasan) 

  • 250 g coklat masakan 
  • 100 g coklat putih 
  • Acuan kertas hitam 
  • Gula-gula manik hiasan 

Cara menyediakan dan memasak:

  • Pukul mentega dan gula kastor sehingga lembut. 
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati. 
  • Masukkan badam kisar, tepung gandum, dan tepung jagung. Gaul rata.
  • Buatkan seperti bentuk buah kana kecil dan susunkan di atas dulang pembakar. 
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 10 minit.
  • Masukkan biskut dan bakar selama 20 minit ataupun sehingga masak. Biarkan sejuk di dalam dulang pembakar. 
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler dan celupkan biskut.
  • Masukkan biskut ke dalam acuan kertas. Biarkan beku. 
  • Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan ke dalam piping bag
  • Lorekkan coklat putih di atas biskut yang sudah dicelup coklat tadi. Hiaslah mengikut kesukaan menggunakan gula-gula manik hiasan. 
  • Apabila biskut sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara. 

Leave a comment