Bebola Daging Lada Hitam

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Bebola Daging Lada Hitam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 keping roti putih (Dikoyak kecil) 
  • ½ cawan susu segar 
  • 1 biji bawang holland (Dicencang) 
  • 400 g daging kisar 
  • 1 biji telur (Dipukul) 
  • ½ sudu teh rempah campuran 
  • ½ sudu teh oregano 
  • 2 sudu makan minyak zaitun 
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar halus) 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos)
  • 1 sudu makan mentega 
  • 1 labu bawang holland (Dikisar halus)
  • ½ batang lobak merah (Dikisar halus)
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ sudu teh serbuk oregano 
  • ½ sudu teh serbuk thyme 
  • 1 sudu makan lada hitam (Dikisar kasar) 
  • 1 cawan air 
  • 2 sudu makan susu segar 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan roti di dalam mangkuk susu dan biarkan kembang. 
  2. Masukkan bawang holland, daging kisar, telur, rempah campuran, minyak zaitun, oregano, lada hitam, dan garam. 
  3. Gaulkan sehingga sebati. Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. 
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan dengan api sederhana. 
  5. Sentiasa balik-balikkan sehingga keperangan. Angkat dan tuskan. 
  6. Bagi membuat sos, panaskan mentega kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  7. Masukkan tepung gandum dan kacau rata perlahan-lahan. 
  8. Masukkan serbuk oregano, serbuk thyme dan lada hitam. Kacau lagi. 
  9. Masukkan air dan garam. Masakkan perlahan-lahan sehingga agak pekat. 
  10. Masukkan susu segar dan kacau sebati. Padamkan api. 
  11. Hidangkan sos bersama bebola daging.

Leave a comment