Ayam Percik Ala Kelantan

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Percik Ala Kelantan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ketul paha ayam
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)  
  • 8 biji bawang merah (Dihiris)  
  • 5 batang serai (Dihiris)  
  • 1 inci halia (Dihiris)  
  • 1 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ayam, kemudian tuskan. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masakkan sehingga mendidih. 
  3. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak. 
  4. Angkat ayam dan bakar secara berasingan sehingga nampak garing sambil percikkan kuah. 
  5. Sedia dihidangkan. 

Leave a comment