Ayam panggang rempah

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resipi diambil dari resipi asal ayam Kenny Rogers tapi diubahsuai


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 ketul Ayam (terpulang nak guna ayam seekor atau yang dah dipotong)
  • seulas bawang besar (kuning)
  • 3 ulas Bawang putih
  • Halia 1 inci
  • Beberapa titis Sos worcestershire
  • 2 sudu besar Sos lada hitam
  • 1 pati kiub ayam (mana-mana jenama)
  • 2 sudu madu / gula (saya xde madu time tu so saya saja pakai gula melaka)
  • 1 sudu besar serbuk cili kering (paprika pun lagi best)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (dan rempah-rempah yang lain jika suka)
  • 1 batang serai - optional (kali pertama saya buat pakai serai, resipi asal xde serai...bila letak serai bau dan rasanya lebih kepada perapan sate)
  • garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar semua bahan dan perapkan ayam sekurang-kurangnya 30minit atau lebih (saya perap sejam setengah)
  2. Panggang dan kadang-kadang sapukan butter / lebihan perapan pada ayam supaya tidak kering. lakukan sehingga ayam masak.

Leave a comment