Ayam Panggang Oregano

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Panggang Oregano?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping dada ayam (Dibersihkan) 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam 
  • 1 sudu makan serbuk oregano 
  • 1 sudu makan minyak zaitun 
  • 2 sudu makan sos barbeku 
  • 1 sudu makan sos Worcestershire ataupun Lea & Perrins 
  • 1 biji lemon

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon. 
  2. Perahkan lemon dan gaul rata. Perap selama beberapa jam. 
  3. Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur sehingga 
    garing. 
  4. Hidangkan bersama sos lada hitam.

Leave a comment