Ayam Panggang Lemon

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Panggang Lemon?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 ekor ayam (Berat 1.5 - 1.7 kg) 
  • 4 sudu makan sos barbeku 
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam 
  • 2 ulas bawang putih (Ditumbuk halus) 
  • 1½ inci halia 
  • 1 sudu makan rosemary kering 
  • 1 sudu makan minyak zaitun 
  • 1 biji lemon
Bahan B
*kuantiti mengikut cita rasa
  • Lobak merah 
  • Capsicum (Hijau dan merah) 
  • Salad

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ayam dan keringkan. 
  2. Gaul semua bahan A dan perapkan selama 2-3 jam. 
  3. Masukkan lemon di dalam perut ayam. 
  4. Bakar di dalam oven pada suhu 200ºC selama 1 jam. 
  5. Hiaskan dengan salad, lobak merah, dan capsicum. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment