Asam Pedas Sotong

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Sotong?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 5 biji cili merah 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • ½ sudu teh belacan 
  • 1 inci kunyit hidup 
    (Cili merah, bawang merah, bawang putih, belacan & kunyit hidup dikisar halus)
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu makan pati asam jawa 
  • 6 tangkai daun kesum 
  • 1 biji terung bulat (Dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 6)
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit sotong dan basuh. Tuskan.  
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai sehingga wangi. 
  3. Masukkan air, pati asam jawa, daun kesum, terung bulat, dan garam. Masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan sotong dan bawang besar. 
  5. Masak sehingga mendidih lagi. Sedia dihidangkan.

Leave a comment