Seorang rakyat Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang dalam siri rancangan televisyen terkenal United Kingdom (UK) iaitu The Great British Bake Off bagi musim ke-13.
Syabira Yusoff, 32, yang merupakan penyelidik kardiovaskular di London menyingkirkan dua peserta akhir dalam siri rancangan tersebut untuk muncul juara.
Menerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.
Mereka perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri.
Bagi memenuhi kriteria tema itu, Syabira menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.
Syabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.
“Semua kerja keras, percubaan dan kesalahan yang dilakukan adalah berbaloi. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini,” katanya.
The Great British Bake Off merupakan siri realiti televisyen popular yang menyaksikan para peserta bersaing untuk menjadi pembuat roti amatur terbaik di negara ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…