Mudah saja rupanya nak buat roti paratha homemade. Tak perlu beli yang segera punya dah, lagi sedap kalau buat sendiri.
Rasanya yang sedap dan rangup, makan pula cicah dengan kari memang confirm tak cukup 3 keping punyalah!
Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah, jom lihat resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar di bawah.
1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.
2. Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.
3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.
4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Akan dapat lebih kurang 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.
6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.
7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.
8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut citarasa masing-masing.
Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.
10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.
11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari. Selamat mencuba!
Kredit: Khadijah Jaafar
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…