kuey teow homemade

Buat rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, banyak makanan yang ada di Malaysia sukar ditemui di sana. Seperti yang dikongsikan oleh saudari Ida Alina Salleh ini, dia memberitahu amat sukar untuk mencari kuey teow di Namibia, Afrika Selatan sehingga terpaksa membuat sendiri kuey teow homemade di rumah.

Hasil kejadiannya juga sama seperti beli di kedai. Yang penting, bila buat sendiri dijamin lebih bersih dan selamat dari bahan pengawet. Kalau nak tahu bagaimana cara membuat kuey teow homemade, jom ikuti perkongsian di bawah. Buat anda yang berada di Malaysia pun boleh cuba buat nanti. Tak perlu beli lagi, lebih jimat!

Cara Buat Kuey Teow Homemade

Bahan-bahan:

  • 250 gm tepung beras
  • 60 gm cornstarch
  • Air 600 ml

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus.

2. Campurkan semua bahan.

3. Curah adunan ke dalam bekas non-stick (tak letak minyak). Buat sikit-sikit, adunan ini boleh dapat banyak juga. Cukup untuk 4 orang sekali makan.

4. Kukus beberapa minit menggunakan api besar.

5. Bila nampak adunan sudah berkedut, keluarkan dan letakkan acuan dalam bekas berisi air sejuk.

6. Kopek keluarkan. Kalau tepi tu macam melekat, guna pisau butter untuk lekangkan sikit sebelum dikopek. Letak atas pinggan dan sapu sedikit minyak.

7. Boleh dipotong seperti dalam gambar.

Boleh digunakan untuk masak seperti biasa. Kuey teow segar ni saya tak pernah simpan. Bila siap, Saya akan terus masak, dan buat anggar cukup yang kami nak makan saja.

Kredit: Ida Alina Salleh

Baca juga: Rupanya Ini Tips Goreng Kuey Toew Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN