PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-14 11:05:36
Aplikasi TikTok merupakan salah satu media sosial untuk orang ramai mendapatkan hiburan. Banyak input-input yang kita boleh dapatkan dalam bentuk video kreatif termasuklah resipi-resipi ringkas yang dikongsikan dalam aplikasi ini. Baru-baru ini, resipi Roti Awan atau ‘Cloud Bread’ ini mendapat perhatian para pengguna TikTok dan juga netizen dari platform media sosial yang lain. Cara membuatnya yang juga mudah dan senang, menjadikan orang ramai turut ingin mencuba resipi ini. Oleh itu, jom kita ikuti perkongsian resipi Roti Awan daripada Mira Moderno menerusi laman Facebooknya.
Bahan-bahan:
- ¼ cawan gula (sukatan terpulang pada citarasa sendiri)
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 3 biji putih telur
Cara-cara:
- Masukkan telur ke dalam bekas mixer. Kemudian, pukul telur sehingga teksturnya nampak kembang
- Setelah telur kelihatan kembang, masukkan tepung dan gula. Adukkan lagi hingga semua bahan sebati.
- Kemudia, letakkan pewarna. Untuk ini, terpulang mengikut citarasa sendiri sama ada ingin letakkan pewarna. Saya letakkan warna biru untuk Nampak warna roti lebih cantik. Letakkan hirisan kacang almond sebagai hiasan roti.
- Bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 20 minit.
Siap untuk dimakan! Lihatlah hasilnya, sangat lembut seperti awan kan?
Mudah betul cara membuatnya. Tak mengambil masa yang lama pun untuk membuat roti awan viral ini. Selamat mencuba!