udang goreng kering style kantonis

Cantonese Dry Fried Prawns atau Udang Goreng Kering style Kantonis ini ialah hidangan yang berasal dari gaya masakan di wilayah Guangdong, China.

Lauk ini terkenal kerana udang yang digoreng hingga kering dengan lapisan tepung yang rangup dan bahan-bahan kering yang sedap dan lazat.

Baca juga: Udang Goreng Minyak Sapi Bersama Kacang Gajus, 15 Minit Siap Masak!

Udang goreng kering ala Kantonis boleh dinikmati sebagai snek atau hidangan utama. Biasanya dihidangkan di atas pinggan dengan rempah kering yang melekat pada udang.

Setiap tukang masak mungkin mempunyai variasi mereka sendiri tentang cara menghidangkan hidangan ini, tetapi prinsip asasnya ialah menggoreng udang sehingga kering dan menambah sentuhan rempah kering yang kaya.

Ikuti resipi autentik penuh versi halal yang dikongsikan oleh Fatin Damia ini. 


RESIPI UDANG GORENG KERING STYLE KANTONIS

Resepi asal masakan original Cantonese Dry Fried Prawns ni kebanyakannya menggunakan Rice Wine ataupun Dry Sherry. Tapi Kakak tak letak ye.

Rasanya tetap sedap juga. Tak payah pergi dah ke Restoran Chinese Muslim kalau nak makan. Kita masak sendiri saja di rumah. Jika kawan kawan nak cuba buat, ini resepinya yang boleh dicuba.

udang goreng kering style kantonis

Bahan-bahan: 

  • 20 – 25 ekor udang sederhana besar
  • 1 sudu besar bawang putih (cincang halus)
  • 1/2 sudu besar halia muda (cincang halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Grill dahulu dahulu udang sebentar dengan sedikit minyak dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia.

3. Masukkan sos tiram diikuti minyak bijan.

4. Kemudian masukkan udang, gaulkan dan biarkan tumisan sebati dengan udang

5. Perasakan dengan garam dan gula, sos tiram dah masin jadi garam sedikit sahaja.

6. Sajian siap dihidang.

udang goreng kering style kantonis


Selamat mencuba resipi autentik cara Cantonese ini.

Sumber: Fatin Damia

Baca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN