Categories: Resipi

Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet

Jom cuba buat Udang Creamy Tuscan. Memang sesuai untuk korang yang tengah diet nasi dan amalkan keto diet.

Penyediaannya juga ringkas, mudah dan boleh siap masa dalam 15 minit je. Menu ini memang sangat sedap dan nampak premium kalau tengok dari gambar.

Sebelum ini, MyResipi ada kongsikan Creamy Butter Tuscan Salmon, kali ini kita buat guna udang pula.

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Keto Mandy di laman Facebook dan telah meraih sehingga 13k shares! Memang ramai ingin mencubanya kerana nampak menarik. 

Nak makan dengan nasi pun boleh, dengan pasta pun boleh. Jom kita tengok.


RESIPI UDANG CREAMY TUSCAN

Sesuai dimakan bersama: Nasi, Pasta, Roti

Bahan-bahan:

  • 2 sdb minyak zaitun
  • 2 sdb butter
  • 1kg udang – siap kupas dan buang ekor
  • garam
  • lada hitam
  • 3-4 ulas bawang putih -kisar
  • 1 cawan tomato ceri atau anggur yang dibelah dua
  • 3-4 cawan baby spinach
  • 3/4 cawan heavy cream
  • 1/4 cawan keju Parmesan – diparut
  • 2 sudu besar parsley – dihiris nipis

Cara-cara memasak: 

1. Panaskan minyak dan butter dalam kuali besar di atas api sederhana. Setelah minyak sangat panas dan butter cair, masukkan udang dan taburan garam & lada hitam, tumis selama 1 minit.

2. Ketepikan udang. Kemudian masukkan bawang putih, tomato, dan baby spinach ke dalam kuali yang sama. Tumis selama 1 minit atau sehingga bawang putih naik bau.

3. Kacau dalam heavy cream, keju parmesan, dan parsley. Kecilkan api kepada sederhana dan reneh sehingga sos berkurangan sedikit kira-kira 2 hingga 3 minit. Kembalikan udang ke dalam kuali dan kacau hingga sebati. Perasakan garam secukup rasa. Siap!


Tip Tambahan:

  • Cuba guna udang segar. Udang beku pun bagus, tetapi yang segar akan sentiasa mempunyai rasa yang lebih baik.
  • Kalau taknak guna salted butter, gunakan unsalted butter dan perasakan udang dengan garam sahaja.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago