tunku azizah

Baru-baru ini di laman sosial TikTok, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkongsi detik-detik mengenai persiapan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh baginda menerusi akaun TikTok miliknya yang mempunyai sebanyak 436 ribu pengikut.

Baca juga: Stew Ayam Cara Tengku Ampuan Pahang, Rugi Kalau Tak Cuba Buat!

TUNKU AZIZAH KONGSI ANTARA MENU SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA

Menerusi video itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi bahawa beliau telah menyediakan aiskrim buatan sendiri khusus untuk majlis perkahwinan anakandanya yang tersayang.

Antara perasa aiskrim yang disediakan termasuk strawberi, durian, cempedak, kopi, milo, jagung, dan nanas. Semua perasa ini kelihatan sangat menarik dan mengiurkan.

Difahamkan juga bahawa sebanyak 6 peti sejuk beku telah dipenuhi dengan aiskrim buatan sendiri hasil air tangan baginda. 

@cmspahang

factory “aiskrim cheminahsayang” di istana abdulaziz

♬ Amboi Sedapnya – Ember Group

Menerusi perkongsian video yang lain, Baginda turut memuat naik gambar acar buah yang telah siap dimasak sendiri sebagai hidangan untuk jamuan perkahwinan.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian rakyat, yang turut berasa teruja dan mendoakan agar segala persiapan untuk perkahwinan diraja ini dipermudahkan serta majlis tersebut berjalan lancar dan penuh keberkatan.

Sumber: TikTok cmspahang (Tengku Ampuan Pahang)

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tengku Ampuan Pahang, Hanya Guna 5 Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN