Categories: Tips & Petua

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Buat sesetengah orang, cara masak nasi putih dianggap perkara yang ‘kecil’. Ia hanyalah sekadar nasi putih yang tidak perlu difikir banyak. Namun pernah terfikir tak, kenapa bila makan nasi putih di kedai, rasa lagi sedap berbanding masak sendiri di rumah?

Seorang tukang masak, Ahmad Shukri Amiruddin mendedahkan petua  untuk masak nasi putih yang sedap. Bukan masak begitu saja. Menurutnya lagi, ini merupakan rahsia besar di kedai-kedai makan dan para tukang masak apabila memasak nasi putih.

‘RAHSIA BESAR’ CARA MASAK NASI PUTIH YANG SEDAP

Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasik putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja.

Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai2 nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang2 bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam2 lagi.

Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.

Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.

Kalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dll. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.

Inilah rahsia besar kedai2 makan dan para tukang masak. 

Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago