Setiap kali makan mesti wajib ada telur, tak kisah lah telur dadar atau pun telur mata kerbau. Telur ini boleh dikatakan pelengkap untuk semua jenis lauk, baru lah nikmat makan nasi ada telur.
Ada sesetengah orang pula hanya suka makan telur dadar sahaja. Tetapi untuk membuat telur dadar supaya ia lebih gebu korang kena cuba tips ini.
Bahan-bahan
- Telur
- Mayonis
- Secubit garam
Cara penyediaan
- Satukan kesemua bahan di dalam satu bekas dan kacau sehingga telur menjadi kembang.
- Masukkan minyak di dalam kuali, pastikan kuali betul-betul panas baru tuangkan telur di dalamnya.
- Tuangkan telur secara perlahan untuk mengelakkan telur hancur dan tunggu sehingga betul-betul masak.
Siap dan selamat mencuba!