Categories: Tips & Petua

Tips Simpan Keropok Lekor Agar Lebih Tahan Lama, Yang Penting Rasa Masih Sedap!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-15 09:32:52

Sebut sahaja negeri Terengganu, pasti Keropok Lekor yang terlintas di fikiran kita! Betul tak? Orang cakap tak lengkap percutian jika tak bawa balik keropok lekor sebagai buah tangan. Namun, jika disimpan terlalu lama dalam peti sejuk, bimbang nanti timbulnya selaput putih yang menyebabkan keropok lekor berbau masam dan tidak enak dimakan. Jangan risau, ini ada cara mudah daripada Afy Al Habibi untuk memastikan keropok lekor tahan lebih lama. Jom cuba!


Kredit: TasteAtlas

Penyimpanan Keropok Lekor

Selepas sahaja membeli, keluarkan kesemua keropok lekor frozen dan potongkan mengikut saiz yang diingini. Kemudian, bahagi-bahagikan kepada kuantiti sepinggan dan masukkan ke dalam plastik kecil lalu masukkan dalam peti sejuk beku.


Kredit: Afy Al Habibi
 

Cara Menggoreng Dengan Betul

  1. Keluarkan keropok lekor mentah yang sudah siap dibungkus sebelumnya. Keluarkan mengikut kuantiti yang diingini.
  2. Masukkan ke dalam periuk berisi air dan rebuskan seketika kerana hasilnya akan menjadi lebih sedap apabila digoreng.


    Kredit: Afy Al Habibi
  3. Semasa merebus keropok lekor, masukkan dalam 1/3 sudu kecil garam untuk mengelak rasa keropok lekor menjadi tawar.


    Kredit: Afy Al Habibi
  4. Rebuskan selama 5 minit sehingga keropok nampak empuk.


    Kredit: Afy Al Habibi
  5. Setelah cukup direbus, toskan seketika untuk membuang air lebihan dari rebusan keropok lekor.


    Kredit: Afy Al Habibi
     

  6. Kemudian, gorengkan keropok mengikut tahap garing yang kita inginkan. Goreng di atas api yang sederhana.


    Kredit: Afy Al Habibi
     

Siap! Selamat mencuba!


Kredit: Afy Al Habibi

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago