simpan durian

Siapa ‘hantu’ durian tu kalau ada bajet, boleh beli durian lebih dan simpan durian tersebut dalam freezer. Bila mengidam tak susah-susah nak cari.

Mungkin di rumah memang ada pokok durian, elok juga simpan 3 atau 4 biji mengikut cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria ini.

Ada tekniknya yang tertentu supaya durian kekal elok sehingga musim durian baru tiba. Rasa dan aromanya juga tetap sama dan tidak berubah.

Cara Simpan Durian Tahan Lama

1. Sediakan plastik wrap dan bekas plastik.

2. Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas menggunakan plastik wrap.

simpan durian

3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dengan kemas dan simpan di dalam freezer.

simpan durian

Sebab apa kena balut macam ni? Kalau nak makan, tinggal ambil dan nyahbeku satu bungkus saja tanpa mengeluarkan semua durian dari freezer.

Kalau tak balut, nanti durian melekat susah nak keluarkan. Proses nyahbeku pun menjadi lambat.

simpan durian

Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN