Categories: InformasiTips & Petua

Tips Pilih Ketam Berisi & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli!

Nak tahu tips pilih ketam berisi?

Ketam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Pelbagai masakan enak boleh dibuat menggunakan ketam. Tapi paling spoil mood bila isi ketam sedikit, beli punyalah mahal. Memang tak puas makan la jawabnya.

Ada tips untuk pilih ketam sebelum membeli yang ramai tak tahu. Barulah puas bila makan bila isi penuh. Seorang pengguna Facebook, Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsikan tips untuk memilih ketam yang mempunyai isi penuh dan banyak telur. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Cara Pilih Ketam Yang Berisi

Nak masak lemak cili padi. Atau masak lemak nanas mestilah kena guna ketam gemuk berisi. Kalau ada telur lagi padu. Jangan cengkerang je sado, isi dalam lohong.

Ketam ni sumber protein tanpa lemak. Kaya vitamin B12 untuk sel darah merah dan sel saraf. Sumber fosforus untuk tulang kuat.

Macam mana tips pilih ketam berisi?

1. Pilih ketam betina berat. Ketam betina ni bulat. Sepit pendek.

2. Elak beli yang ringan. Bila tekan macam berlohong.

3. Ketam betina punyai segi tiga besar pada bawah perut.

4. Ketam jantan ada segi tiga kecil dan runcing.

Petua Pilih Ketam Segar

Ini juga petua untuk tahu sama ada ketam ni fresh atau tak.

Tengok warna cengkerang. Kalau ketam bunga, pastikan warna kebiruan. Segi tiga bawah perut ketam mesti melekap. Bukan terkopek.

Ketam pula kena cukup sifat. Tak angkat lagi sepit dah tercabut. Itu tandanya ketam lama. Bau pun kenalah bau air laut. Bukan hanyir semacam.

Okay dah beli ketam, boleh lah masak lemak cili api!

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Baca juga: Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Resipi Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago