Categories: Tips & Petua

Tips Pilih Ikan Bilis Yang Berkualiti Tinggi, Baru Lagi Sedap Bila Digoreng!

Ikan bilis merupakan salah satu makanan yang wajib ada stok di rumah. Namun begitu, tahukah anda tips pilih ikan bilis yang berkualiti tinggi supaya ia dapat bertahan dalam tempoh yang lama?

Kalau salah pilih, ikan bilis bukan sahaja tidak dapat bertahan lama, malah ia akan menjadi keras dan tidak sedap dimakan selepas digoreng.

Bagi memastikan ikan bilis yang dibeli berkualiti tinggi, kita perlu perhatikan 6 benda ini seperti yang dikongsikan di bawah. Bukan sekadar tengok tanda harga ya!

Baca juga: Hanya Guna Cuka, Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Walaupun Dah Dibasuh

TIPS PILIH IKAN BILIS BERKUALITI TINGGI

1. LOKASI TANGKAPAN IKAN

Berdasarkan pengalaman kami, cuma ada 3 tempat sahaja iaitu Pulai Pangkor, Pulau Langkawi dan Sabah.

2. BELANG DI BADAN IKAN BILIS

Ikan bilis yang berkualiti tinggi mempunyai belang yang berwarna putih. Manakala yang keras biasanya mempunyai belang berwarna hitam.

3. BAU

Kebiasaannya, ikan bilis yang  berkualiti mempunyai bau yang wangi dan sedap dihidu.

4. KETAHANAN

Tahan lebih lama berbanding yang rendah kualitinya.

5. LEMBUT

Guna 2 jari dan picit ikan bilis. Ikan bilis yang lembut mudah hancur dengan cepat.

6. WARNA

Ikan bilis yang berwarna putih dan berkilat lebih mahal.

JENIS IKAN BILIS YANG PALING TINGGI RANGKING & MAHAL

Untuk yang tidak tahu, ikan bilis mata biru ini adalah yang paling tinggi rangking dan harga yang paling mahal skali. Jika perhatikan ikan bilis ini, mesti nampak matanya yang kebiruan. Bentuknya mesti nipis dan leper dan memang putih.

Kelebihan ikan bilis jenis ia lembut dan garing. Bila masak atau goreng memang sedap. Selain itu, kelebihan ikan bilis jenis ini juga rendah kolesterol berbanding jenis yang lain.

Gambar di atas adalah ikan bilis mata biru yang dah siap dikopek. Mudah dan cepat untuk di masak. Tinggal campak saja dalam kuali.

Sumber: Dr. Ikan Bilis Anda

Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago