Epal merupakan antara buah yang mudah dimakan dan semestinya epal merah lebih digemari kerana warna dan rasanya yang manis.
Bukan saja mudah didapati, malah epal merah mempunyai banyak manfaat kesihatan kepada sesiapa yang memakannya. Selain itu, ia dilengkapi dengan nutrien, serat, mineral dan vitamin yang baik untuk badan.
Sesiapa saja pasti pernah tersilap pilih epal merah yang masam ketika membelinya di pasar dan kecewa apabila memakannya setelah pulang ke rumah.
Kali ini, kami kongsikan tips pilih epal merah yang manis dan pasti anda tak salah beli lagi selepas ini.
Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!
1. Lihat pada corak kulit epal.
Epal yang mempunyai lajur pada kulit biasanya lebih manis. Elakkan memilih epal yang kulitnya berbintik saja kerana biasanya kurang manis dan lebih cenderung kepada rasa masam.
2. Hidu bau epal.
Sebenarnya cara ini sering digunakan pada mana-mana jenis buah. Tapi epal yang manis sangat mudah dihidu bau manis dan wangi.
3. Pilih epal yang warna merahnya sekata.
Nak pilih buah epal yang sudah masak dan lebih manis, anda boleh pilih yang warna merahnya sekata. Sesetengah orang suka epal yang mempunyai rasa masam sedikit. Oleh itu, anda boleh ambil epal yang ada warna kuning hijau sedikit dan merah tak sekata.
4. Ketuk manja epal.
Tak ramai yang tahu sebenarnya bunyi epal boleh didengar melalui sedikit ketukan. Jika bunyinya nyaring, maka epal itu sudah masak dan rangup.
5. Elakkan ambil epal yang lembik.
Jika terasa lembik semasa memegang epal, tak perlu ambil kerana ia mungkin sudah tidak rangup dan lebam.
Sebelum makan buah epal, seeloknya anda cuci terlebih dahulu dengan mengikut langkah di bawah supaya ia kekal bersih dan selamat dimakan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: NorbayaDahalan
Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Pilih Jambu Batu Yang Masak Ranum, Isi Pun Manis!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…