Kalau kita basuh pinggan, selagi pinggan itu tidak betul-betul bersih selagi itu lah kita akan menggunakan sabun. Kadangkala cecair pencuci pinggan ini sebotol hanya tahan seminggu.
Tapi sekiranya korang mengalami masalah yang sama, jangan risau kerana korang boleh cuba tips ini untuk menjimatkan cecair pencuci pinggan. Mana yang boleh jimat, kita jimatkan. Jom cuba tips jimat ini.
1. Air panas
Campurkan suku cecair pencuci pinggan di dalam air panas dan kacau hingga sebati. Sekiranya air itu sudah suam, boleh di simpan di dalam botol.
2. Garam
Masukkan setengah cawan garam tadi ke dalam air bancuhan cecair pencuci pinggan tersebut dan kacau sehingga garam larut. Tips ini dapat menjimatkan cecair pencuci pinggan dan pinggan juga lebih bersih.
Selamat mencuba!
Sumber: Nanie Ripin