mee goreng

Rupanya ada teknik untuk memasak mee goreng supaya lebih sedap dan padu. Jika menggunakan cara ini, mee goreng anda dijamin akan terasa lain dari biasa!

Resipi perkongsian oleh Cik Eyta ini dikatakan telah dipelajari dari mendiang mertuanya yang berbangsa Tionghoa atau Cina.

Menurutnya, bawang putih perlu dicincang halus dan digoreng sehingga garing dan kekuningan. Kemudian, baru boleh masukkan bahan seafood atau rencah yang disukai.

Untuk mengetahui cara memasak yang lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Cik Eyta di bawah.

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

TIPS MEE GORENG LEBIH SEDAP

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Lauk seafood
  • Cili kisar
  • Bawang merah kecil (1 bungkus mee anggaran 5 biji bawang)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Mi kuning
  • Sayur-sayuran

Cara memasak:

1. Pertama sekali, bawang putih perlu dicincang halus dan ditumis sehingga garing dan kekuningan.

2. Apabila bawang putih sudah menjadi garing dan kekuningan, baru masukkan bahan seafood atau rencah yang disukai.

mee goreng

3. Apabila air seafood sudah kering, masukkan cili kisar dan bawang merah kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Apabila sudah pecah minyak, masukkah sos cili, sos tomato, sos tiram dan segala jenis kicap yang disukai.

5. Seterusnya, masukkan mi kuning yang sudah dicuci bersih serta sayur-sayuran yang anda sukai. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

mee goreng

Kredit resipi dan gambar: Cik Eyta

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN