Sedapnya sup telur suhun, walaupun ringkas tapi sedap sangat. Ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah.
Menu ini kembali popular apabila ianya dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tapi jika mahu mendapatkan sup telur yang sempurna dan telur putih juga tidak berterabur, boleh ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Yatie Kitchen di bawah.
Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Tak Berterabur
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Telur
- Suhun
- Daun sup/bawang
- Mushroom seasoning
Cara-cara:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Kemudian baru masukkan air.
- Bila dah bendidih, tutup api kemudian baru pecahkan telur supaya telur putih tak berterabur.
- Selepas 5 minit agak-agak telur tu dah masak, baru hidupkan semula api.
- Bila sudah mendidih, terus tutup api dan baru masukkan suhun beserta daun sup atau daun bawang.
- Jangan lupa perasakan dengan mushroom seasoning.
Kredit: Yatie Kitchen