Sejak PKP ini sagu sudah menjadi pencuci mulut yang popular dikalangan masyarakat kita. Pelbagai pencuci mulut yang kita boleh buat seperti kuih sagu merah, sagu gula Melaka, sagu mangga dan banyak lagi.
Tetapi ramai juga yang kecewa apabila sagu yang dimasak tidak sempurna, tidak menjadi sebutir-sebutir kerana ia melekat di antara satu sama lain dan ada juga yang menjadi seperti bubur. Jadi, jom cuba tips masak sagu ini supaya sagu masak dengan cantik.
1. Tidak perlu basuh sagu
Sekiranya anda mahu masak sagu, pastikan anda sudah menyukatnya terlebih dahulu dan pastikan anda tidak membasuh sagu tersebut kerana ia akan mengganggu tekstur sagu.
2. Didihkan air
Didihkan air sehingga ia menggelegak, pastikan air itu betul-betul panas. Sekiranya air itu hanya panas biasa, elak masukkan sagu. Anda juga boleh masukkan pewarna kesukaan anda sama ada hijau atau pun merah.
3. Tuangkan sagu secara berperingkat
Tuangkan sagu perlahan-lahan secara berperingkat sebanyak 2 atau 3 kali dan tunggu seketika kemudian baru boleh tuang sekali lagi. Masak selama 15 minit. Kacau sekali sekala je. Matikan api dan tutup periuk.
4. Tutup api dan biarkan seketika
Sumber: Aisyah Az Zahra