PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-30 08:08:06

Ayam kampung sememangnya lazat kerana rasanya lebih manis daripada ayam biasa. Kita juga sedia maklum bahawa ayam kampung bebas daripada sebarang suntikan hormon. Masaklah juadah apa pun dengan ayam kampung, mesti sedap. Tapi, daging ayam kampung ni boleh tahan liat. Jadi, kami ada 5 solusi untuk kurangkan liat ayam kampung supaya mudah untuk anda makan.

 

1. PRESSURE COOKER

Barang yang setiap ibu patut ada. Sangat memudahkan! Tekanan tinggi dari pressure cooker akan melembutkan isi ayam kampung dan ayam lebih cepat masak. Jadi, anda tidak perlu tunggu lama untuk ayam masak dan lembut. Senang bukan?

 

2. ISI NENAS

Perap ayam kampung dengan isi nenas yang telah dikisar selama sejam. Setelah sejam, anda hanya perlu cuci dan masak ayam seperti biasa. 

 

3. DAUN PISANG

Masukkan daun pisang abu ke dalam periuk yang berisi ayam dan masak seperti biasa. Keluarkan daun pisang tersebut apabila ayam anda sudah kelihatan empuk. Selain itu, dengan memasak ayam bersama daun pisang, ayam anda akan mudah empuk. Daun pisang abu katanya boleh melembutkan isi ayam kampung yang liat.

 

4. AIR KELAPA MUDA

Rebus ayam bersama air kelapa muda selama beberapa minit sehingga ayam kelihatan empuk. Kemudian, toskan airnya dan masak ayam seperti biasa. Air kelapa muda bukan sahaja boleh melembutkan isi ayam, ia juga boleh membuatkan masakan anda menjadi lebih enak. Tak percaya? Cubalah!

 

5. TEMPURUNG KELAPA

Ketika merebus ayam, masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk. Ia mampu mempercepatkan proses melembutkan isi ayam kampung.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN