tips kenali influencer

Mari ambil tahu tips kenali influencer (pempengaruh media sosial) yang dibayar. Seperti yang anda maklum, industri makanan bukan lagi rahsia apabila mereka mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk pengiklanan dan pemasaran dalam sesuatu produk makanan.

Salah satu strategi yang semakin popular adalah dengan membayar pempengaruh media sosial (influencer) untuk mempromosikan produk mereka kepada pengikut-pengikut mereka.

Baca juga: “You Know Khairul Aming?” – Tukang Masak London Kenal KA, Ramai Bangga

Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati ketika melihat promosi produk makanan yang dilakukan oleh pempengaruh. Menurut Public Helath Malaysia, ini adalah beberapa ciri untuk mengenali apabila pempengaruh telah dibayar oleh industri makanan.

TIPS KENALI INFLUENCER YANG DIBAYAR

tips kenali influencer

1. Memperbesarkan manfaat kecil produk makanan tersebut

Ini bermakna pempengaruh mungkin akan menekankan manfaat produk tanpa memberikan gambaran yang jelas mengenai kekurangan atau kesan sampingan produk tersebut.

2. Menyembunyikan kelemahan produk

Pempengaruh mungkin akan cuba untuk menyembunyikan kelemahan atau kekurangan produk dengan menekankan hanya pada aspek positifnya.

3. Menggunakan hasil kajian yang disokong oleh industri makanan

Beberapa pempengaruh mungkin akan menggunakan hasil kajian yang dibiayai oleh industri makanan untuk menyokong klaim produk, tanpa memberikan pandangan yang telus tentang kajian tersebut.

4. Membesar-besarkan penemuan hasil kajian yang tidak signifikan

Pempengaruh mungkin akan memberikan penekanan yang berlebihan pada penemuan hasil kajian yang tidak begitu penting, hanya untuk mempromosikan produk.

5. Secara terang-terangan menyebut jenama makanan dalam kandungan

Pempengaruh mungkin akan secara jelas menyebutkan jenama produk makanan dalam kandungannya, menunjukkan bahawa iklan itu adalah berbayar.

6. Selitkan sekali hashtag jenama produk

Perhatikan jika dalam kiriman tersebut terdapat hashtag atau penandaan video yang menyebut jenama produk. Jika terdapat hashtag atau penandaan video yang menyebutkan jenama produk secara konsisten, kemungkinan besar pempengaruh telah dibayar untuk mempromosikan produk tersebut.

Oleh itu, penting untuk menjadi kritikal ketika melihat promosi produk makanan oleh pempengaruh media sosial. Pengguna perlu menyaring maklumat dengan teliti dan membuat keputusan yang berasaskan fakta sebelum membuat pembelian produk yang dipromosikan.

Mempertahankan kredibiliti dalam nasihat kesihatan dan promosi produk adalah penting bagi pempengaruh, dan pengguna perlu berhati-hati dalam menerima maklumat yang disampaikan.

Baca juga: Bekas Chef Jual Bunga Kantan Raih Untung, Tukar Tanah Sampah Jadi Ladang

Sumber: Public Health Malaysia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN