bunga betik

Ada yang pernah makan bunga betik? Biasanya ia dijadikan kerabu, tetapi boleh juga ditumis dan dimasak dengan pelbagai cara seperti masak lodeh, rendang dan sebagainya.

Namun begitu, bunga ini mempunyai rasa pahit jika tidak dicuci dengan betul sebelum memasak.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan petua hilangkan rasa pahit bunga betik yang dijamin berkesan. Barulah masakan lebih sedap dan menyelerakan!

Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

CARA HILANGKAN PAHIT BUNGA BETIK

Cara-caranya:

1. Asingkan bunga dan batangnya.

2. Kemudian taburkan 2 sudu garam ke atas bunga tersebut. (dalam 3 genggam bunga)

3. Letakkan air sehingga bunga tenggelam dan ramas-ramaskan sehingga bunga layu. Apabila sudah rasa tekstur yang licin, itu bermakna getahnya sudah keluar.

4. Tapiskan air dan bilas sehingga bersih.

5. Kemudian, rebus di dalam air. Tambahkan juga garam secukupnya.

6. Rebus sehingga empuk dan lembut. Jangan lupa gaul sekali sekala. 

7. Jika bunga tersebut sudah lembut, matikan api. Tapis dan basuh bersih dengan air paip untuk menghilang rasa garamnya.

8. Rasa pahit dijamin sudah hilang dan boleh digunakan untuk memasak. Selamat mencuba!

Video penuh:

Sumber: TikTok annazulfa8

Baca juga: Tak Perlu Rendam Dalam Air, Ini Cara Simpan Serai Supaya Tahan Berbulan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN