coklat ganache

Coklat ganache ini merupakan hiasan yang selalu diletakkan atas sebiji kek. Kebanyakan kek seperti kek batik atau kek span akan diletakkan ganache tersebut.

Banyak soalan yang sering diajukan apabila nak sediakan coklat ini. Jadi jom kita belajar tips coklat ganache by Mr. Ali.

Tips Coklat Ganache Pasti Menjadi

1. Cara double boil

coklat ganache

  • Mesti ada yang tanya kenapa kena guna cara double boil ini. Sebab bila nak buat ganache tak boleh direct api.
  • Kalau anda tiada whipping cream, guna susu full cream pun boleh tiada masalah. Tapi rasa dia takkan sama. Bagi saya guna whipping cream dairy semestinya sesuai untuk hasil dan rasa yang sedap lemak-lemak coklat.
  • Double boil: bekas atas tu kena besar dari bekas bawah sebab tak nak air masuk ke dalam cairan coklat.
  • Kalau air dah termasuk, maka rosaklah coklat itu. Dia akan jadi macam gumpalan dan makin tak melekat pada bekas.

2. Kenapa ganache saya keras dan tidak smooth

  • Jawapan dia adalah kerana kurang whipping cream.
  • Nak selamat pakai nisbah 1:1 kalau pakai coklat biasa. Kalau tak pakai nisbah tu pun tidak apa.
  • Contoh 150 gram whipping cream + 250 gram coklat.

3. Kalau pakai non dairy buat ganache

  • Elok pakai dark coklat sebab non dairy tu dah manis.
  • Tapi bagi saya ganache lagi better kalau guna whipping cream sebab nak dapat hasil glaze yang hebat dan rasa yang padu.

4. Air dalam bekas bawah tu jangan letak penuh tau

  • Cara saya, letak whipping cream & butter tak perlu tunggu berbuih dekat tepi pun tidak apa.
  • Tunggu seminit dua baru masukkan coklat, gaul pakai sudu atau spatula je. Perlahan-lahan supaya bubble tak timbul.

5. Nak ganche lagi sedap guna pure butter

Van houten & beryls adalah yang recommended tapi bukan premium. Cuma orang panggil yang berkualiti. Callebaut yang saya guna ni agak pahit. Ini baru boleh dipanggil sebagai premium sebab real coklat ni.

coklat ganache

Mudah nak faham tips yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Baca juga:

Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN