Categories: Resipi

Tips Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap, Kena Sapu Butter & Minyak Bijan

Pasti ramai yang dah biasa buat nasi ayam kan? Jika sebelum ini buat nasi ayam biasa saja, kali ini jom jadikannya lebih ‘luar biasa’.

Rupanya ada rahsia nak buat nasi ayam biasa jadi lebih sedap dan menyelerakan. Selain nasi, ayam juga memainkan perananan yang penting bagi keseluruhan hidangan.

Kalau ikut resipi ni, ayam akan jadi lebih enak sebab menggunakan mentega dan minyak ayam yang akan disapu pada ayam. Jom cuba!

RESIPI NASI AYAM BIASA TAPI LEBIH SEDAP & LAZAT

Bahan-bahan rebus ayam:

  • Ayam bahagian paha
  • Stok ayam
  • Halia
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara rebus ayam:

  1. Basuh bersih ayam. Rebus ayam dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk.
  2. Air kena banyak sebab air rebusan ayam akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap.
  3. Bila dah mendidih, angkat ayam dan toskan.

Bahan-bahan perapan ayam (2 ketul paha ayam):

  • 2 sudu gula perang
  • 2 sudu madu
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam
  • Minyak bijan

Cara-cara perap ayam:

  1. Gaul semua bahan dan sebatikan pada ayam. Perap ayam dalam 30 minit.
  2. Kemudian boleh dibakar pada suhu 180℃ selama 30 minit.
  3. Sebelum bakar sapukan butter dan minyak bijan.
  4. Bila dah siap masak, sapu lagi butter dan minyak bijan untuk dapatkan hasil yang lebih menarik.

Bahan-bahan memasak nasi:

  • 2 cawan beras basmathi
  • Minyak sapi
  • Butter
  • Daun pandan
  • Serai
  • Halia
  • 4 sekawan
  • 3 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Garam

Cara-cara memasak nasi:

  1. Panaskan minyak sapi dan butter dan periuk nasi elektrik.
  2. Tumis daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan sehingga naik wangi. Masukkan juga beras, gaul sebati.
  3. Masukkan air rebusan ayam tadi juga bersama garam dan gaul sebati.
  4. Masak nasi macam biasa sehingga masak. Bila dah masak, gaul-gaulkan nasi supaya masak sekata.

Bahan-bahan sos:

  • 4 biji cili merah
  • Seulas bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
  • Sos cili

Cara-cara membuat sos:

  1. Kisar cili merah bersama bawang putih. Guna air rebusan ayam tadi juga. Masak menggunakan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan sedikit gula, garam, cuka dan sos cili. Kalau nak pekat, letak sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.

Cara membuat kicap:

  1. Lebihan bahan perapan ayam tadi masak bersama sedikit air stok ayam. Kalau tak masin tambah garam. Dah mendidih tutup api.

Cara membuat sup:

  1. Lebihan air stok ayam tadi panaskan, tambah garam dan kiub ayam. Masak hingga mendidi. Siap.

Selamat mencuba!

Kredit: Mdm Kelly

Baca juga: Cara Buat Ayam Roasted Ala Dominos, Sedap Menjilat Jari!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago