Buah epal merupakan salah satu buah kegemaran ramai kerana tekstur dan rasanya yang masam-masam manis. Sesuai dijadikan snek pada bila-bila masa.
Biasanya buah ini akan dikupas kulitnya dan dipotong kepada bentuk yang disukai sebelum dimakan. Namun begitu, setelah beberapa ketika buah epal yang dipotong itu akan mula menjadi lebam dan tidak rangup.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook, Lailatul Munira Zainuddin ada berkongsikan beberapa tips untuk mengelakkan buah epal menjadi lebam selepas dipotong. Mari ikuti perkongsian oleh beliau di bawah.
Baca juga: Asyik Terbeli Yang Masam? Ini Tips Nak Pilih Buah Kiwi Manis & Segar
1. AIR GARAM
Petua elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu.
Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak sahaja.
2. MADU
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
3. JUS LEMON
Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah. Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4. PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Katanya, petua ini juga boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Info tambahan: Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Sumber: Lailatul Munira Zainuddin
Baca juga: Nak Beli Buah Wajib Baca Label Dulu, Penting Elak Buah Dari ‘2 Negara’ Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…