tips beli buah

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali ini, kami nak kongsikan beberapa tips beli buah denga harga lebih murah.

Bukan saja pelbagai jenis vitamin, malah buah juga mengandungi banyak mineral yang mampu membantu tubuh badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu, kita disarankan untuk masukkan buah dalam pemakanan seharian.

Ini antara tips beli buah yang anda boleh gunakan untuk dapatkan harga lebih murah. Jom kita tengok cara menarik ini!

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

TIPS BELI BUAH DENGAN HARGA MURAH

1. Cari kedai buah yang bukan dalam pusat membeli-belah atau kedai besar.

tips beli buah

Kredit: Foto oleh Erik Scheel dari pexels

Ketika beli barang dapur di pasar raya, boleh lihat pelbagai jenis buah-buahan yang turut terjual. Jika boleh, anda digalakkan untuk beli buah di gerai luar saja kerana jauh lebih murah.

2. Pilih gerai untuk dapatkan harga lebih murah untuk buah-buahan tertentu.

tips beli buah

Kredit: Foto oleh Timur Weber dari pexels

Sesetengah gerai jual buah-buahan tertentu, jadi anda boleh pilih gerai yang jual buah-buahan yang disukai. Tambahan pula, anda boleh berunding dengan peniaga jika sudah menjadi pelanggan tetap mereka.

3. Beli buah yang telah diasingkan kualitinya kerana biasanya lebih murah.

tips beli buah

Kredit: Foto oleh vitalina dari pexels

Ada gerai yang mengasingkan buah mengikut kualitinya, jadi jangan lepaskan peluang ini. Walaupun kualitinya tak sebaik premium, namun ia boleh digunakan untuk buat resipi menarik.

4. Pilih buah yang kualitinya masih boleh diolah sebagai jus atau smoothie.

Kredit: Foto oleh Mike Jones dari pexels

Jika ternampak buah dijual dengan harga yang sangat murah tapi kualitinya biasa saja, anda boleh beli dan gunakannya untuk buat jus atau smoothie yang enak di rumah.

5. Jika ingin beli buah premium, boleh beli yang sudah siap dipotong dan mempunyai potongan harga.

Kredit: Foto oleh Lisa Fotios dari pexels

Buat anda yang lebih suka makan buah premium yang terjual di pasar raya, beli saja yang sudah siap dipotong. Paling seronok jika ada potongan harga, lebih puas hati nanti.

Jangan lupa untuk kongsikan tips beli buah ini kepada keluarga dan kawan-kawan. Dengan cara ini, dapatlah anda berjimat dalam perbelanjaan barang dapur dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Foto oleh Timur Weber (kiri), Foto oleh Asad Nazir (kanan) dari pexels.

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: Tips Pilih Epal Merah Yang Manis Dan Segar, Tak Salah Beli Lagi Selepas Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN