tip simpan daun kari

Tak tahu nak simpan cara betul? Ini tip simpan daun kari dalam botol. Selain daun kari, bahan herba seperti daun limau purut, bunga kantan, daun sup, daun ketumbar atau kunyit juga boleh disimpan dengan cara begini.

Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA

Kalau duduk dekat kampung memang mudah. Tanam tepi rumah sahaja, nak makan pergi petik. Namun bagi yang tinggal di kawasan bandar agak susah. Nak pula kalau pergi beli semua bahan-bahan tu dekat pasaraya bukan selalu, dua minggu sekali.

Ikuti tip dari perkongsian Cik Rain dari laman Facebook ini. Perkongsiannya itu banyak meraih perhatian netizen kerana tekniknya yang efisien dan jimat.


TIP SIMPAN DAUN KARI DALAM BOTOL

tip simpan daun kari

Sebenarnya boleh guna cara yang sama untuk simpan daun limau juga. Pastikan betul -betul kering baru masuk botol tau, kalau tak nanti ia berkulat.

1. Cuci bersih daun kari dan keringkan atau jemur bawah cahaya matahari.

2. Kemudian, lap pakai tisu dan balut dengan surat khabar.

3. Selepas itu, simpan dalam peti sejuk. Biarkan seminggu dan baru buka balik surat khabar.

4. Cukup kering seperti dedaun kering baru masuk botol.

5. Warna daun kari masih hijau, klau nak masak boleh terus ambil dan masuk dalam masakan, ia akan jadi macam daun segar yang dimasukkan dalam masakan dan baunya masih harum.

6. Botol kaca tersebut boleh kitar semula dari botol sos spaghetti. Buang label dan cuci bersih. Tak perlu membazir beli baru.


Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tip Tanam Sweet Basil Dengan Keratan Batang, Memang Lebat Tumbuhnya Nanti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN