Rupa-rupanya ada tip sambal bilis kekal rangup dan tahan lama. Boleh saja ikuti tip ini. Sambal bilis rangup dan pedas memang sedap dinikmati dengan nasi putih atau bubur, serta telur dadar.
Namun walaupun resipi ini ringkas sahaja dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sambal bilis mudah lemau dan tak rangup.
Baca juga: Cara Simpan Ikan Bilis Supaya Tak Berkulat, TAHAN LAMA Guna Tip Ini
Rupanya tip untuk pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, jangan guna bawang merah! Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi ini sebagai rujukan.
Resipi sambal bilis paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggi. Rahsianya, jangan guna bawang merah. Kalau nak pakai juga, kena tumis betul-betul sehingga garing.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Cara-cara membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak.
5. Masukkan garam + ajinomoto + asam keping.
6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Sumber: Nurulnabila Zaidi
Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…