Categories: Tips & Petua

Tip Pokok Tomato CEPAT Berbuah, Boleh Cuba Teknik Keratan Ini

Ternyata, ada tip pokok tomato untuk cepat berbuah dan lebat. Bagi anda yang mungkin berminat untuk menanam tomato dengan cepat dan berbuah, dan anda boleh mengikuti cara yang dikongsi oleh Zulfazdlina Abdullah ini.

Satu cara untuk menanam tomato dengan cepat adalah melalui keratan batang tunas air. Ini adalah kaedah yang sesuai dilakukan terutama bagi mereka yang sudah mempunyai pokok tomato di rumah.

Baca juga: Tip Pokok Berbuah Lebat Dan Cepat, Petani Thailand Kongsi Rahsia

Jika anda sudah mempunyai pokok tomato di rumah, anda tidak perlu lagi menanamnya menggunakan biji benih. Sebaliknya, anda boleh menggunakan keratan batang yang tumbuh di celah-celah cabang pokok tomato atau yang dikenali sebagai tunas air.

TIP POKOK TOMATO CEPAT BERBUAH

Berikut adalah satu cara mudah dan cepat untuk menanam pokok tomato. 

Cara-caranya:

1. Carilah tunas air pada batang pokok tomato, kemudian potong dengan hati-hati.

2. Cucukkan keratan tersebut terus ke dalam pasu atau tanah dengan lembut. Pastikan keratan berada dalam kedudukan yang teguh dan stabil.

3. Disarankan untuk memotong lebih dari satu tunas air dan cucuk ke dalam tanah. Hal ini disebabkan tidak semua keratan akan berjaya mengeluarkan akar. Terdapat kemungkinan bahawa beberapa keratan tidak akan berjaya memunculkan akar.

Ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk menanam pokok tomato. Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat meningkatkan peluang untuk memperoleh tanaman tomato yang berkualiti dengan cepat. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Zulfazdlina Abdullah Lynn

Baca juga: Tip Tanam Pokok Kesum Dalam Air, Guna Balang Kaca Je!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

10 hours ago