Categories: Tips & Petua

Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli

Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Rupa-rupanya ada tip pilih ketam yang segar, isi manis dan penuh. 

Kena ada ilmu nak memilih ketam yang segar supaya tak menyesal bila tersalah pilih nanti. Harga ketam pula boleh tahan mahal harganya.

Baca juga: Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak

Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Jom ikuti perkongsian tip yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.


TIP PILIH KETAM SEGAR, MANIS DAN BANYAK ISI

1. Waktu Membeli

Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.

2. Warna Cengkerang

Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.

3. Pilih Ketam Berat

Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. Timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.

4. Lihat Belakang Ketam

Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.

5. Bau Laut

Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la.

6. Cukup Sifat

Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.

7. Pilih Ketam Betina

Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.

Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.

8. Tiada Tompok-Tompok

Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Wanie Ishak

Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

2 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

18 hours ago