Ada teknik dan tip masak ekspres tanpa stres rupanya. Memasak tanpa tekanan ialah matlamat yang sangat baik, dan terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda menikmati proses memasak dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan.
Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini
Berikut adalah beberapa petua dari perkongsian seroang wanita bernama @NorbayaDahalan yang anda boleh cuba.
TIP MASAK EKSPRES TANPA STRES
Bagi anda yang baru mula belajar memasak atau sibuk, Saya kongsikan tip supaya anda dapat memasak dengan ekspres tanpa stres. Semoga bermanfaat!
1. Senaraikan menu untuk seminggu
Bila anda membuat senarai untuk seminggu, secara tak langsung memudahkan proses menyediakan barang dan tak perlu stres setiap hari fikir nak makan apa.
2. Cari resipi lengkap yang nak digunakan
Bila ada resipi yang lengkap, anda boleh prep bahan lebih awal. Jadi, tak ada isu barang memasak tidak cukup. Boleh buat carian di portal MyResipi ini. Tinggal tekan butang search sahaja.
3. Sediakan bumbu asas makanan
Bumbu asas seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan halia. Anda boleh buat sendiri dan simpan di dalam peti sejuk atau beli ready to use di pasaraya.
Kebiasaanya, penyediaan bumbu asas agak makan masa dan buat spoil mood untuk memasak. Jadi, baik luangkan masa satu hari untuk sediakan bumbu asas.
4. Asingkan lauk dan sayur mengikut portion
Mudah untuk anda nak nyahbekukan dan masak mengikut portion harian.
5. Sediakan pes segera di rumah
Mungkin ramai yang fikir benda ini remeh tetapi sebenarnya pes segera pun penting supaya dapat jimatkan masa untuk prep and cooking. Lagi-lagi jika waktu tiada bekalan air paip, memang berguna pes segera ini untuk lauk harian.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’