tip lembutkan ayam pencen

Bagi yang teringin makan ayam kampung, ini ada tip lembutkan ayam pencen yang anda boleh cuba di rumah. Ayam kampung dan ayam tua atau ayam pencen mempunyai peminat tersendiri.

Sama ada digulai atau dihidangkan sebagai rendang, pasti akan menjilat jari. Kelazatan dan keunikan rasanya membuatkan ayam pencen atau yang lebih dikenali sebagai ayam pencen menjadi pilihan tetap bagi ramai penggemar.

Namun, satu cabaran yang sering dihadapi ialah isi ayam yang keras dan sukar empuk, menjadikan proses memasak memerlukan masa yang lebih lama.

Baca juga: Tip Pilih Barang Basah Yang Segar, Bila Nak Masak Baru Lebih ‘Confident’

Untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu petua atau tip yang mudah dan berkesan yang boleh anda cuba. Petua ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Norizah Othman.

TIP LEMBUTKAN AYAM PENCEN

Hanya masukkan lima biji gula-gula Hacks hitam ketika merebus ayam membantu membuatnya lembut dalam waktu yang singkat.

tip lembutkan ayam pencen

“Petua untuk memasak ayam pencen atau ayam kampung sangat mudah, saya hanya merebus ayam dengan tambahan gula-gula Hacks saja.

“Pakcik jual ayam yang beritahu saya.

“Katanya, cepat lembut, Alhamdulillah, memang benar-benar menjadi petua yang baik ini, kawan-kawan,” katanya.

Norizah menyatakan bahawa ayam pencen perlu dibersihkan dan direbus sehingga air kering mengikut kaedah di atas sebelum dijadikan rendang.

Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa penggunaan gula-gula tidak akan mengubah rasa ayam.

Selain daripada pandangan Norizah, pengguna Facebook turut berkongsi pelbagai petua lain yang memudahkan proses memasak ayam kampung dan ayam tua agar empuk serta menjimatkan masa memasak.

tip lembutkan ayam pencen

1. Betik Muda

“Untuk memastikan ayam pencen atau ayam kampung cepat empuk, basuh ayam dengan menggunakan betik muda. Cincang betik tersebut dan taburkan dalam air pencucian ayam, insya-Allah ayam akan cepat lembut.”

2. Daun Nangka

“Jika membuat rendang, cuba letakkan daun nangka semasa memasak. Ia dapat memastikan ayam empuk dan lembut seperti ayam daging biasa.”

3. Biji Kurma

“Saya gunakan biji kurma untuk memastikan ayam cepat empuk. Untuk satu kilogram ayam, masukkan tujuh biji kurma.”

4. Tutup Kuali, Tindih Lesung

“Apabila merebus ayam pencen, tutup kuali dan tindih dengan lesung batu. Alhamdulillah, ayam cepat empuk dengan cara ini.”

5. Tebu

“Emak saudara saya selalu letak tebu semasa merebus ayam kampung atau ayam pencen. Tebu dipotong kecil dan dipukul sedikit. Hasilnya, rasa ayam menjadi sedap dan manis.”

Jadi, terdapat beberapa tip dan petua yang mudah untuk memasak ayam kampung atau ayam tua. Manakah satu yang menjadi pilihan hati anda?

Sumber: Norizah Othman 

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Busuk Sinki, Tuangkan 3 BAHAN Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN