Ini dia tip cucur udang tak serap banyak minyak yang boleh anda ikuti. Biasanya nak buat cucur udang ni masalah besar dia cucur kita tu selalu serap minyak.
Baca juga: Cucur Crabstick Guna 3 BAHAN Je, Anak Anak Mesti Berhantu Nak Makan!
Bila makan je, terasa berminyak pula mulut ini. Sesekali makan boleh lah. Bila makan banyak-banyak boleh jadi muak dan bahaya untuk kesihatan.
Bagi ibu-ibu yang selalu buat cucur udang untuk juadah petang mahupun sarapan, mesti runsing bila kena pakai minyak yang banyak untuk menggoreng.
Ikuti tip dikongsikan oleh Cik Puan Tyra Manan ini, nampak mudah dan semua orang boleh buat. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya mudah kita nak dapat.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
1. Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ini la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
Cara nak goreng:
1. Panaskan dua kuali. Satu untuk menggoreng manakal satu lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap!
4. Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
Bahan sos:
Cara buat sos:
Rebus cili dan bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Akhir sekali baru masukkan air tepung jagung.
Sedia untuk menikmati cucur udang yang rangup dan gebu!
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar
Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…
Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…
Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…