Ada yang suka makan telur masin tak? Ini ada tip buat telur masin bagi yang suka makan telur kuningnya sahaja. Ada pula yang suka telur putihnya sahaja. Lain orang lain pula citarasa kan.
Kadang-kadang telur masin ni jadi tak sedap bila bahagian putihnya terlalu masin. Kalau silap cara memang tak menjadilah jawabnya.
Baca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!
Tapi kalau dapat yang tak masin sangat baik putih atau kuningnya memang seronok betul rasa. Telur kuningnya tu, saya suka makan ratah. Tapi kesian pulak yang nak kena makan putihnya sahaja. Hehe.
Dalam perkongsian kali ni, terjumpa resipi dan tip macam mana nak buat telur masin yang cantik je kejadiannya guna telur ayam pencen. Hanya buat kuning telurnya saja. Cantik sangat. Nak makan pun sayang!
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hamidah Abdul Azizini macam best je kita nak praktiskan.
Buat guna telur ayam pencen. Memang telur dia tak ada putih, tak ada kulit. Ada kuning ni saja. Telur tak pecah sebab ia ada selaput.
Cara-caranya:
1. Gunting buang semua tangkai telur.
2. Cuci dlm penapis sejat/ tapiskan dulu.
3. Masukkan telur itu dalam balang. Masukkan garam halus dan goncang-goncang manja bekas bagi garam dalam itu rata.
4. Biarkan bekas itu kira-kira dua atau tiga jam kat luar.
5. Kemudian, rebus la sebiji untuk tengok dah masin atau belum.
6. Kalau tak okay, boleh tambah garam. Dah ok boleh basuh dan tos dan masuk dalam balang.
7. Tak basuh pun tak apa tapi buang air garam dari dalam balang itu
8. Simpan dalam peti ais bawah. Bila nak makan boleh rebus macam biasa. Siap!
Selamat mencuba tip ini jika ada telur ayam pencen di rumah. Jangan terus buang, membazir tau!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi 8 ‘Rahsia’ Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…