Categories: Resipi

Travel Dengan Anak Cerewet Makan? Jangan Risau, Ini 6 Makanan Halal Yang Mudah Dibawa!

Bila melancong bersama anak kecil, cabaran sebenar bukan aktiviti atau tempat menarik, tapi makanan! Tambah pula kalau anak susah makan dan jenis picky eater, memang pening kepala dibuatnya.

Ada yang hanya mahu makanan biasa di rumah, ada pula yang langsung tak selera bila nampak hidangan asing. Jadi, bagi ibu bapa yang nak pastikan anak tetap kenyang sepanjang perjalanan.

Berikut beberapa idea makanan halal yang boleh dijadikan panduan untuk anak picky eaterĀ semasa bercuti.

Baca juga: Senarai Hotel Dengan Buffet Mesra Muslim Di Negara Bukan Islam, Halal Terjamin & Makan Sampai Kenyang!

TIP MAKANAN HALAL ANAK SUSAH MAKAN & PICKY EATER SEMASA TRAVEL

1. Nasi Segera Atau Nasi Bekas Ringkas

Bawa sedikit nasi kosong atau nasi goreng yang dah dimasak siap-siap dari rumah. Simpan dalam bekas tahan panas atau guna rice cooker mini.

Kalau ke luar negara dan susah nak cari nasi halal, nasi segera dalam pek boleh jadi penyelamat. Tambah lauk dalam tin seperti sambal bilis, kari ayam atau rendang daging, siap jadi satu hidangan lengkap!

2. Roti, Muffin Dan Biskut Ringan

Anak kecil biasanya suka makanan yang tak bersepah dan senang pegang. Roti sandwic, muffin atau biskut lembut antara pilihan selamat.

Pilih yang tidak terlalu manis dan boleh tahan lama dalam beg. Contohnya, roti dengan sapuan mentega kacang atau jem strawberi. Kenyang dan cepat disediakan bila lapar dalam perjalanan.

3. Sup Segera atau Bubur Segera Halal

Kalau anak jenis suka makanan lembut, bubur segera atau sup ayam halal dalam pek memang berguna.

Tambah sedikit air panas saja dah boleh makan. Ia juga sesuai untuk anak yang tak selera makan makanan kering atau berempah kuat semasa travel.

4. Ayam Goreng

Anak susah makan biasanya suka makanan yang biasa dimakan di rumah, contohnya ayam goreng. Jadi, ibu ayah boleh bawa yang sudah dimasak di tempat penginapan atau beli versi ready-to-eat halal.

5. Buah Potong dan Snek Sihat

Untuk snek ringan, bawa buah yang tahan lama seperti epal, pisang atau anggur. Kalau risau cepat lembik, boleh ganti dengan buah kering, yogurt pouch atau bar oat halal. Selain kenyang, ia juga beri tenaga bila berjalan jauh.

6. Minuman Susu dan Air Kosong

Jangan lupa minuman! Anak cerewet makan kadang-kadang kenyang hanya dengan susu. Bawa susu kotak kecil berperisa atau air mineral supaya mereka tak cepat haus. Elak minuman manis atau bergas sebab boleh buat perut kembung bila travel jauh.

Baca juga: 5 Restoran Halal Mesra Keluarga di London, Tokyo & Gold Coast Yang Wajib Singgah!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

9 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

9 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

10 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

14 hours ago