Bila bercakap mengenai makanan, tak dapat dinafikan rakyat Malaysia senang triggered jika makanan tempatan seperti nasi lemak dicela atau dibuat bahan ejekkan.
Lebih-lebih lagi, jika makanan tersebut merupakan makanan yang ikonik seperti nasi lemak, asam laksa atau roti canai.
Baca juga: Korang Kena Cuba Nasi Lemak Wrap Roti Canai, Serius Padu!
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dari Britain @CeCeCourtney yang tinggal di Malaysia, memuat naik video pendek menyatakan nasi lemak di Singapura lebih sedap daripada nasi lemak di Malaysia.
Video Penuh:
@cececourtney Singapore nasi lemak has vegetables #tiktokmalaysia #comedy #fyp #fypシ #malaysia #singapore
Singapore nasi lemak has vegetables #tiktokmalaysia #comedy #fyp #fypシ #malaysia #singapore – tulisnya di caption.
Bagaimanapun, hidangan nasi dalam video itu tidak kelihatan seperti nasi lemak yang kita semua kenal dan gemar kerana tiada telur rebus, timun, ikan bilis dan paling penting sambal sebaliknya, lauk yang disajikan dalam video itu hanyalah nasi berlauk kari, sayur di tepi berserta ayam goreng.
Ramai netizen merasakan bahawa pengguna TikTok itu sengaja melakukan video itu untuk memulakan ‘perang’ manakala yang lain hanya bingung bagaimana hidangan dalam video itu dianggap sebagai nasi lemak jika tiada elemen pentingnya.
Pun begitu, pengguna TikTok itu juga menggunakan hashtag #Comedy dan berkemungkinan dia hanya ingin bergurau.
Min rasa dia saje je tuuu~