PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Hampir setiap masakan perlukan bawang, jadi secara tidak langsung perkara asas dalam memasak adalah memotong bawang. Nak potong bawang juga perlukan teknik yang betul, jika tidak mungkin bawang anda tidak akan kelihatan cantik. Jadi, dekat sini kami nak kongsi sedikit tips dan cara potong bawang dengan mudah dan cepat.

Potongan bawang ada banyak jenis dan setiap potongan harus dipotong dengan teknik atau cara yang betul. Yang penting, guna pisau yang tajam ya!

BAHAN-BAHAN

  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Bawang

CARA-CARA

TEKNIK 1

  • Potong bawang dari tengah kepada 2 bahagian
  • Terlangkupkan bawang tersebut dah hiris bawang secara lurus potong sehingga hampir ke akar
  • Selepas itu potong secara melintang

TEKNIK 2

  • Potong bawang dari tengah kepada dua bahagian
  • Hiris bahagian yang telah dipotong secara lurus

TEKNIK 3

  • Tidak perlu potong kepada dua bahagian
  • Hiris secara lurus dari kanan atau kanan mengikut keselesaan anda