“Oh rupanya ini rahsia bahan penyedap masakan yang orang lama guna…”
Nenek moyang kita kalau masuk dapur untuk memasak memang banyak pantang larang dan ada saja petua masakan yang mereka gunakan.
Tiidak dinafikan, sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan petua-petua tersebut kerana ia sangat membantu sepanjang proses memasak di dapur.
Salah satu petua yang diamalkan oleh orang lama adalah mereka wajib menggunakan 3 bahan ini setiap kali memasak. Difahamkan 3 bahan tersebut boleh membuatkan makanan menjadi lebih sedap.
Jom baca perkongsian lengkap mengenai petua tersebut yang MyResipi kongsikan di bawah.
Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!
3 Bahan Penyedap Masakan
Bahan Pertama
Jika masakan tawar, letakkan saja sos tiram untuk menambah rasa masin. Sos tiram juga lebih mudah sebati dengan masakan berbanding garam.
Bahan Kedua
Selain sos tiram, garam kasar juga dikatakan lebih sedap berbanding garam halus terutamanya ketika menggulai atau masakan berkuah.
Bahan Ketiga
Jika masakan memerlukan rasa manis, gunakan nise atau gula melaka sebagai pengganti kepada gula putih.
Gula melaka menghasilkan rasa yang lebih manis dan berlemak berbanding gula. Nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.
Kredit: Nu Ha
Baca juga: Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!