Categories: Resipi

Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap

Wow! Sedapnya kalau dapat makan Terung Masak Cili Chinese Style ni, confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Nak makan ratah macam tu pun dah sedap. Nama pun cili, resipi ni guna banyak cili ye.

Resipi ni tak menggunakan bahan yang banyak pun. Cuma perlu beberapa je bahan masakan. Tapi wajib sediakan bahan utamanya iaitu terung, cili api dan kicap. Takde bahan ni, tak jadi terung masak cili kita nanti.

Artikel berkaitan: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!

Hidangan ini telah di kongsikan oleh Kuali Helena melalui laman Facebooknya. Sangat simple, mudah dan semestinya sedap. Korang kena cuba resipi ni kat rumah.

Resipi Terung Masak Cili Chinese Style


Menu ni korang boleh tukar terung dengan apa je, seafood, tofu, telur atau apa-apa je ikut selera korang.

Tips: Kalau nak sedap, jangan tinggal semua bahan tumis.

Bahan-bahan

  • 4 biji terung size kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 7 biji cili api ( pedas ikut selera)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • Garam
  • Daun bawang

Cara memasak:

1. Goreng terung hingga keperangan, toskan minyak.

2. Tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.

3. Masukkan cukup rasa dan kicap cair, gaul hingga berbuih.

4. Masukkan terung, kacaukan.

5. Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.

Selamat mencuba.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

9 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

9 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

11 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

11 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

11 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

12 hours ago