Categories: Resipi

Resipi Terung Bakar Bersantan, Rasa Lemak Berkrim Jadi Igauan Keluarga

Menu ringkas ini yang digelar terung bakar bersantan, memang pembuka selera! Dengan santan lemak berkrim dan aroma bakar yang menyelerakan, ia sempurna dinikmati bersama sambal belacan dan ikan goreng.

Resipi ini telah dipelajari oleh Cik Puan Syalfarina Razali menerusi seorang rakan dan terus menjadi kegemaran keluarga beliau.

Jom tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Lepat Cendol Bergedik, Lemak Manis Yang Mudah & Pasti Jadi!

RESIPI TERUNG BAKAR BERSANTAN

Bahan-Bahan:

  • 1-2 biji terung (bergantung pada jumlah hidangan)
  • 4 biji bawang merah kecil (hiris halus)
  • 2 biji bawang merah kecil (untuk ditumbuk)
  • 1-3 cili api (atau cili hidup jika kurang pedas)
  • 1 sudu kecil belacan segar
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Garam dan sedikit gula (secukup rasa)
  • 2-3 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

1. Bakar terung terus di atas api dapur hingga kulitnya hangus dan isinya lembut. Pastikan tidak membakar terlalu lama sehingga kering dan kecut.

2. Setelah masak, letakkan di atas pinggan dan koyakkan bahagian kulit yang hangus. Gunakan garfu untuk mengelakkan melecur.

3. Tumbuk cili api (atau cili hidup), 2 biji bawang merah, dan belacan hingga lumat.

4. Didihkan santan dalam periuk kecil. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.

5. Tambahkan garam dan sedikit gula, kemudian kacau hingga sebati. Tutup api selepas mendidih.

6. Tuangkan santan yang telah dimasak ke atas terung yang dibakar tadi.

7. Taburkan bawang merah yang telah dihiris halus sebagai hiasan.

8. Perahkan jus limau kasturi di atas terung untuk memberikan rasa masam yang menyegarkan.

Selamat mencuba resipi ini!

Sumber: Syalfarina Razali 

Baca lagi: Resepi Apam Cheese Kukus, Hasil Gebu Gebas Dengan 5 Langkah Mudah

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

14 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

16 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

16 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

24 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

1 day ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

7 days ago