ikan haruan

Tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan gelagat seorang wanita yang first time dapat ikan haruan masih hidup di tangannya.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya cara untuk mematikan ikan yang masih lagi hidup. Kebiasaannya, kita akan membeli ikan yang sudah tidak bernyawa ataupun siap dipotong.

Namun bagi ikan yang masih bernyawa, ia perlu segera dimatikan agar tidak terlalu ‘terseksa’ kerana tiada air untuknya bernafas. Tapi, lain pula ceritanya kali ini. Ikan di luar air, masih hidup dan susah nak mati.

Baca juga: Tips Pilih Ikan Segar Dan Cara Siang Ikan

Itulah nasib yang dialami oleh seorang wanita apabila dia kali pertama mendapat ikan haruan yang masih lagi hidup. Bermacam-macam cara sudah dibuat untuk mematikannya, tapi tetap ‘tak jalan’.

Kejap buat begitu, kejap buat begini, ada juga letak bahan dipercayai berpasir. Tapi ikan haruan itu masih ‘steady’. Video gelagatnya yang dimuat naik ke TikTok @diaziela itu berjaya mencuit hati netizen.

@diaziela

mcm mner wei nk bagi ikan haruan nie mati … hidup2 nie…

♬ original sound – Dia Ziela – Dia Ziela

“First time dapat ikan haruan hidup-hidup, taktahu nak bagi dia mati macam mana, macam-macam cara kami buat,” tulis diaziela dalam video itu.

Keadaan itu bertambah kelakar sebaik sahaja dia mencurahkan air ke dalam bekas ikan haruan itu. Ia secara tiba-tiba melompat ke luar dari bekas itu hingga membuatkannya terkejut.

“Macam mana wei nak bagi ikan haruan ni mati. Hidup-hidup ni,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan telatah wanita itu dan mereka membanjiri ruang komentar dengan reaksi yang mencuit hati.

komen

Itu antara beberapa komen yang diterima oleh diaziela mengenai videonya itu di TikTok.

Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 168.4k tanda suka daripada netizen yang terhibur menyaksikannya.


Sumber: TikTok @diaziela 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN