tenggiri masak cuka

Tenggiri Masak Cuka Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Pedasnya.

Hidangan ini merupakan sebuah resipi yang mirip masakan asam rebus. Tetapi masakan cuka ini menggunakan ikan yang digoreng dan asam yang digunakan ialah cuka.

Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini

Cuka seperti yang kita ketahui ialah sejenis cecair masam yang telah melalui proses penapaian. Oleh itu cuka sangat bagus untuk kesihatan. Nabi s.a.w sendiri mengalakkan umatnya mencampurkan cuka didalam masakan.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Neeza Shafri di laman Facebook ini. Mudah untuk diikuti cara-caranya.


RESIPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

bahan tenggiri masak cuka

Bahan-bahan:

  • 2-3 ketul isi ikan
  • 10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 1 camca biji sawi
  • Sedikit halia
  • 2 camca cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

1. Ikan digaul terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam.

2. Kemudian goreng ikan tapi jangan garing sangat.

3. Ambil periuk dan bubuh sedikit minyak. Bila minyak panas terus tumis biji sawi.

4. Lalu masukkan bawang kecil dan bawang putih.

5. Masukkan ½ cawan air.

6. Masukkan cuka. Garam, gula dan cili padi.

7. Biar sekejap dan angkat.

8. Sedia untuk dihidangkan.

tenggiri masak cuka


Selamat mencuba!

Baca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN