Rupanya ada cara goreng tempe supaya jadi garing di luar dan lembut di dalam. Walaupun nampak mudah, tetapi tak ramai yang pandai menggorengnya supaya rangup elok.
Bagi peminat tempe, ia wajib ada setiap kali waktu makan. Kalau orang Johor pula, tempe akan dicicah dengan sambal kicap yang enak. Boleh juga dijadikan lauk sampingan ketika sedang menjamu selera.
Kalau salah cara menggoreng, tempe akan jadi keras dan tidak sedap. Oleh itu, mari kita baca tips yang dikongsian oleh Norizam Salina di bawah.
Siapa peminat tempe. Tips GORENG TEMPE DALAM LEMBUT. Kalau tempe nak sedap, goreng tak nak keras.
1. Rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia. Rendam selama 30 minit atau 1 jam.
2. Selepas itu, boleh goreng macam biasa. Walaupun di luar garing, tapi di dalam lembut. Sedap sangat macam kacang rebus.
Kredit: Norizam Salina
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…