Mari buat resipi Telur Bistik ala Thai cara mudah dan ringkas. Silap haribulan, boleh lawan tukang masak di kedai Siam. Hiks!
Telur Bistik ini juga dikenali sebagai “Kai Jeow” merupakan versi telur dengan sentuhan rasa dan gaya Thai.
Baca juga: Rahsia Telur Burung Puyuh Yang Ramai Tak Tahu, Banyak Manfaatnya
Kai Jeow biasanya lebih berperisa, pedas dan menggunakan bahan Thai tambahan. Berikut adalah beberapa cara memasak menerusi perkongsian dari Cik Puan Nurul Hawa ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih atau cair.
2. Kemudian, panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak, angkat dan letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Masukkan lobak merah atau mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.
5. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
6. Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.
Tada! Dah siap dan bolehlah di makan panas-panas bersama hidangan lain atau dengan nasi putih sahaja. Mesti rasa macam dekat hotel 5 bintang.
Di Thailand, Kai Jeow sering dihidangkan bersama nasi dan sos cili sebagai pelengkap. Sos cili Thai terkenal dengan rasa pedas dan masamnya, seperti Nam Prik Kapi atau Nam Prik Pao.
Jadi, jika anda ingin mencuba telur bistik gaya Thai, anda boleh mengikuti menambah rempah dan bahan Thai mengikut citarasa anda, termasuk sos ikan, sos ikan dan cili.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Hawa
Baca juga: Cara Masak Telur Mata Sambal Hijau, Pedas-Pedas Manja Tapi Sangat Nikmat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…